Wednesday, January 21, 2009

PROGRAM GEMA SEMARAK PADU

Pada tanggal 24hb Disember 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu, telah diadakan satu Program yang dinamakan ' GEMA SEMARAK PADU' Ialah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu. Program ini melibatkan KRT keseluruhan negeri Terengganu dan disempurnakan oleh YB Menteri Perpaduan Kebudayaaan Kesenesian dan Warisan, Dato' Seri Hj Mohd Shafie Mohd Afdal.
KRT Bukit Depu telah diwakili lebih kurang 50 orang ahli dan keluarga mereka. Satu buah bas telah disewakan bagi membawa mereka ini ke Program tersebut. Disamping makan malam mereka juga dihiburkan dengan acara tradisional. Gambar yang disertakan bersama ini menunjukkan beberapa acara kemuncak yang telah dijalankan.
Dimalam itu juga Sekim Rondaan Sukarela KRT Bukit Depu telah sekali lagi dinobatkan sebagai SRS Terbaik di Peringkat Negeri Terengganu. Sijil dan wang tunai sebanyak RM3,000.00 telah disampaikan oleh YB Menteri. Pihak KRT Bukit Depu telah di wakili oleh Timbalan Pengerusi Tn Hj Ab Manan Hasan bagi menerima anugerah tersebut.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada SRS Bukit Depu kerana dapat mempertahankan gelaran selama dua tahun berturut turut

2 comments:

  1. Tahniah diucapkan kerana berjaya mengekalkan gelaran terbaik bagi dua tahun berturut2. Sebenarnya untuk mendapat gelaran amat payah tapi untuk mengekalkan juara lagi payah.

    ReplyDelete
  2. Asmkom wmth.
    Kerja kerja mengemasakini buat dimasukkan kedalam blog nii bukan kerja yang mudah.
    Kita telah memiliki blog yang akan menjadi perhatian kepada krt krt lain dalam mencari serta berkongsi pengalaman dari kejayaan yang telah kita capai.,ia itu dari kemajuan srs kita.ini lah yang menjadikan kita terpilih dan dianugerahkan sebagai srs terbaik diperingkat negeri.
    Dalam menyunting sesuatu perkara sebagai mengisi aktivi srs,auditer perlu lebih berhati hati supaya aktiviti srs dilihat sebagai momentum krt ini yang setaraf dengan penyerlahannya.
    Setakat ini kita masih menunggu srs krt bukit depu yang akan membawa imeg yang khusus dalam memasuki blog ini dari tuan auditer...agak agak bila tuu !
    banyak banyak hati dalam hati saya suka tenguk yang satu yang berbeza dan yang istimewa...srs kita..em berjaya bertahan..bolih kee?
    tepuk dada tanyalah rasa..!

    ReplyDelete