Tuesday, February 17, 2009

Program Berbalas Pantun KRT Bukit Depu

Bersempena Program Pelancaran Laman Web KRT Bukit Depu, satu acara berbalas pantun turut diadakan diantara KRT Bukit Depu menentang pihak JPNIN Kuala Terengganu. Pihak KRT Bukit Depu telah menurunkan barisan veteranya terdiri dari Pengerusi Tn Hj Dol Razlan, saudara Alias Che Muda dan Pn Khitijah Omar. Sementera JPNIN diwakili oleh tiga wanita. Tn Hj Harun Md DiahAlign Left telah dipilih sebagai pengantara.

Pemantun dari kedua dua kumpulan JPNIN dan KRT Bukit Depu

Para penonton telah memberi sambutan yang amat mengalakkan dan mencadangkan agar petandingan berbalas pantun ini dijadikan acara pertandingan diperingkat semua KRT pula.

Selepas tamat acara berpantun semua peserta telah diberi cenderamata sebagai kenangan. Ianya telah disampaikan oleh Ybhg Dato' Hj Che Mat b Jusoh selaku penasihat KRT Bukit Depu.

Seterusnya Majlis berakhir dengan satu jamuan ringan berupa Nasi Bukhari dan kueh mueh.

Gambar gambar seterusnya boleh lihat di sini. Sila klik

Monday, February 16, 2009

Malam Jalinan Mesra & Pelancaran Laman Web KRT Bukit Depu

Tn Hj Harun sedang memimpin bacaan doa
Pada 14hb Februari 2009 bertempat di pekarangan rumah Pengerusi KRT Bukit Depu telah diadakan satu Majlis Jalinan Mesra & Pelancaran Laman Web KRT Bukit Depu. Selain daripada itu satu acara berbalas pantun juga diadakan diantara pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Terengganu (JPNIN) dan AJK KRT Bukit Depu. Majlis Perasmian dan Pelancaran Laman Web itu telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Hj Che Mat b Jusoh selaku penasihat KRT Bukit Depu.
Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan sedang membuat ucapan alualuan Pengarah JPNIN Terengganu, En Kalil diapit oleh Ybhg Dato' Che Mat Jusoh dan Tn Hj Ab Manan Hasan Diantara dif dif terhormat yang menghadiri majlis tersebut ialah En Kalil b Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu bersama beberapa orang pegawai dari JPNIN daerah K.Terengganu termasuk En Asronizam b Mamat, Pn Hjh Norma bt Mohd Nor.
Mengikut Pengerusi KRT Bukit dalam ucapannya " Ini lah kali pertama dalam program yang dianjurkan oleh beliau, ramai perwakilan dari pihak JPNIN menghadiri nya. Beliau mengucapkan syukur dan amat berterima kasih kepada En Kalil dan rombongannya. "
  • Tn Hj Dol daam ucapan nya juga mengingatkan pada '' malam ini setelah dua tahun KRT Bukit Depu ini beroperasi serta dengan keupayaan yang berbagai menempuh cabaran, dan dengan kesungguhan dan kerja kuat, kita telah berjaya mengwujudkan Website tersendiri ' krtbukitdepu.blogspot.com'
  • Kita telah boleh melayari website ini bagi mengetahui perkembangan peristiwa semasa KRT kita dimana mana saja kita berada. Penyebaran perkembangan maklumat ini amat penting dalam kontek kemajuan hari ini , dalam memperteguhkan kedudukan serta kemajuan KRT Bukit Depu ini sendiri.
  • Pada JPNIN peluang ini dapat dilihat sebagai perkembangan dan kemasakini maklumat dan aktiviti yang telah djalankan dari masa ke semasa yang sedang berlaku diKRT kita. Adalah diharapkan dengan kemunculan website krtbukit depu blogspot.com dapat KRT KRT lain yang dalam senarai JPNIN dapat membuat dan memberi pelajaran serta pengetahuan, komen, teguran, cadangan secara terus dan segera, dan tindak balas ini pula menjadi satu pengajaran dan kemjuan baru kepada KRT kita pula.''
  • Beliau mengakhiri ucapan dengan beberapa buah pantun.
  • Baik bertanam padi bukit
  • Jangan Tanah terbiar kosong
  • Baik beramal walau sedikit
  • Jangan angkuh takbuat langsung
  • Tali pinggang disangka sawa
  • Tunggul mati disangka dajal
  • Mati bukan kerana tua
  • Mati datang kerana ajal
  • Website bukidepu kita perkenalkan
  • Sebagai penyampai maklumat dan aktiviti
  • Semangat kejiranan kita kekalkan Tersemat kekal didalam hati
  • Krtbukitdepu.blogspot.com Nama yang terpahat dalam pendaftaran
  • Kejayaan ini samalah didokong
  • Moga kekal dalam sejarah dan lembaran
Pengarah JPNIN Negeri Terengganu En Kalil b HJ Ahmad sedang memberi ucapan balas

Dalam ucapan nya Pengarah JPNIN negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KRT Bukit Depu kerana sudi menjemput beliau dan anggotanya ke Program yang diadakan pada malam ini. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah diatas kemampuan KRT Bukit Depu membangunkan website sendiri. Ini merupakan laman web yang ketiga dibangunkan di seluruh KRT yang terdapat di negeri Terengganu ini buat masa ini.

Ybhg Dato' Hj Che Mat b Jusoh sedang membuat ucapan

Dalam ucapanya, Dato' Hj Che Mat Jusoh selaku penasihat kepada KRT Bukit Depu mengucapkan syabah dan tahniah diatas kemampuan KRT Bukit Depu membangunkan laman web ini. KRT Bukit Depu ialah satu satu nya KRT yang mempunyai laman web dalam DUN Batu Buruk dan Bahagian Kuala Terengganu. Beliau memang mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Tn Hj Dol dan rakan AJK semua kerana sebelum ini KRT Bukit Depu telah memenangi beberapa anugerah walaupun baru dua tahun ditubuh. Beliau menasihati agar laman web ini senantiasa di kemas kini dengan berita yang terbaru. Tugas ini perlu di beri latihan kepada anak anak muda ahli agar apabila diperlukan pelapis ini akan mengambil alih tugas mengemaskini. Beliau juga dalam ucapannya menyeru semua penduduk supaya bersatu padu bagi menempoh apa juga cabaran yang datang.

Dengan lafas 'Bismillahirahmanirahim' beliau seterus merasmi dan melancarkan laman web krtbukitdepu.blogspot.com. Gambar gambar program ini boleh didapati disini. Sila klik.