Saturday, December 31, 2011

Majlis Jalinan Kasih Seerat Budi Daerah Kuala Terengganu 2011


Pengarah JPNIN Terengganu membuat
ucapan perasmian
Majlis ini diadakan pada 18.12.2011, bertempat diTaman Budaya Kuala Ibai,Kuala Terengganu, bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan Jawtankuasa Rukun Tetangga disamping meraikan pencapaian kemajuan KRT seluruh daerah Kuala Terengganu sepanjang tahun 2010 dan 2011. 
Pn Hjh Norma membuat
ucapan alualuan
Majlis ini dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa KRT Daerah Kuala Terengganu.
Sebanyak 90 cawangan KRT diseluruh Daerah Kuala Terengganu menghantar wakil pada malam bersejarah tersebut yang telah diraikan dengan jamuan makan malam dan persembahan kebudayaan .
Pegawai JPNIN Daerah Kuala Terengganu ,Puan Hajah Norma Mohd Nor juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pada malam tersebut menyatakan rasa syukur kerana dapat juga diadakan majlis seumpama ini walaupu keadaan kewangan yang meruncing,jasa jasa KRT yang aktif diperingkat Daerah Kuala Terengganu dapat kita rai dan hargai .
(Duduk Tengah)Tn Hj Harun,Timb Pengerusi KRT Bukit Depu

(Duduk 3 dari kiri) Tn Hj Alias, Bendahari KRT Bukit Depu
 
(Duduk 2 dari kiri) Pn Maryam, Pengerusi Jiran Wanita KRT Bukit Depu
Dalam ucapan perasmian Pengarah JPNIN Negeri Terengganu En.Tukimin bin Hj Sarlan ,berharap KRT memahami keadaan ekonomi waktu ini , supaya berusaha mencari peruntukan aktiviti  mengadakan kerjasama dengan mana mana badan kerajaan dan swasta ,tidak mengharapkan peruntukan dari JPNIN semata mata.

Pn Maryam menerima anugerah Jiran Wanita Terbaik
 
Tn Hj Alias menerima anugerah SRS Terbaik
 

Tn Hj Harun menerima anugerah KRT Terbaik

Para penerima anugerah bergambar kenangan bersama Pengarah JPNIN Terengganu
Sebanyak 10 ketegori Anugerah telah disampaikan kepada KRT dan Tabika yang aktif pada malam tersebut.

Trofi dan Sijil KRT Terbaik & SRS Terbaik
Sijil Jiran Wanita Terbaik
 KRT Bukit Depu telah memenangi 3 kategori anugerah .
Anugerah KRT Terbaik
Anugerah SRS Terbaik
Anugerah Jiran Wanita Terbaik
Syukor Alhamdulillah , tahniah kepada semua AJK Tertinggi diatas kerjasama dan kejayaan yang telah tercapai.

Forum 'Lets Talk About Health And Drugs'


Forum 'Lets Talk About Health And Drugs' yang diadakan pada 27.10.2011 yang lalu merupakan program bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu dan KRT Bukit Depu bagi membantu masyarakat memperdekatkan masaalah sosial dengan pihak bertanggungjawab dalam menanggani cara cara yang berkesan bagi mencegah , mengatasi serta mengubati khususnya pada penagih yang terdapat didalam ahli keluarga.
Forum yang julung julung kali diadakan diKRT Bukit Depu ini merupakan satu penghormatan yang diberi oleh AADK Daerah Kuala Terengganu , kerana sebelum ini tidak pernah acara yang serupa dibuat dengan mana mana KRT di negeri ini. Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua AADK Daerah Kuala Terengganu diatas kepercayaan yang diberikan. 
Ianya satu pendedahan yang terbuka yang telah berjaya disampaikan oleh 3 orang ahli panel yang banyak pengalaman dalam bidang tersebut . 

Objektif Forum:-
1.Peserta memperolehi pengetahuan tentang bahaya dan kesan kesan penyalahgunaan dadah keatas kesihatan.
2.Peserta mendapat maklumat dan disebarkan kepada rakan rakan serta jiran jiran.
3.Peserta dapat bertukar tukar pengalaman dan idea mengenai cara cara pengurusan dan pendidikan anak anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.


Pengerusi Forum En Maswadi bin Idrus.

Ahli Panel 1. Puan Julia bt Jusuh
Wakil Ketua Pegawai Pejabat AADK Daerah K.Terengganu

Ahli Panel 2. En.Amran bin Imail
Pengurus Komuniti Cakna N.Terengganu

Ahli Panel 3. En.Khairul Muhaimin bin Othman
Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Seberang Takir

Walaupun forum diadakan ketika perlawanan  akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada keesokanya (28.10.2011) yang melibatkan sebahagian besar ahli SRS KRT Bukit Depu yang turun ke Shah Alam untuk memberi sokongan , tapi alhamdulillah Jiran Wanita telah mengganti tempat  meraikan forum menjadikan keadaan penuh bermakna dalam memberi pengetahuan serta pengalaman yang sangat berguna. Ia nya satu sambutan yang sungguh membanggakan.
Diantara tetamu yang hadir ialah En.Yusof bin Ismail dari Pejabat DUN Batu Buruk, Penghulu Mukim Bukit Besar, En Sharuddin Ismail, Pengerusi JKKK Bukit Depu En.Mohd bin Ismail dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura, Tn Hj Ab Manan Hasan.


Jamuan makan malam disediakan oleh pihak AADK Daerah Kuala Terengganu .
Pihak KRT Bukit Depu telah menyediakan cenderahati kepada Ahli Ahli Panel.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Nordin Ibrahim kerana telah sudi menjadikan perkarangan rumah beliau sebagai tempat acara dan kepada Jiran Wanita dan AJK KRT yang telah menyumbang tenaga serta sokongan sehingga forum ini berjaya dilaksanakan.
Terima kasih yang tak terhingga juga disampaikan kepada Ybhg Dato' Hj.Che' Mat bin Jusuh dan pegawai pegawai DUN Batu Buruk kerana memberi kemudahan sistem siaranraya .
KRT Bukit Depu memohon seribu kemaafan diatas segala kekurangan dan kelemahan disepanjang program diadakan

Friday, December 30, 2011

Majlis Keraiaan Dan Kesyukuran KRT Bukit Depu 2011


Ybhg Dato Che Mat Jusuh
Satu Majlis Kesyukuran telah diadakan pada 25.12.11, bertempat di perkarangan kediaman Pn Maryam - Pengerusi Jiran Wanita. Ianya dibuat bagi meraikan KRT Bukit Depu yang telah terpilih bagi memenangi salah satu daripada KRT terbaik diperingkat daerah KualaTerengganu. Selain daripada itu kumpulan Jiran Wanita kami juga telah dipilih bagi kategori Jiran wanita terbaik. Majlis ini juga diadakan bagi meraikan anak buah dengan satu jamuan makan malam 'Bar B Que' yang belum pernah diadakan selama ini.
Mengamin Doa
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn Hj Harun Mohd Diah juga selaku Timbalan Pengerusi RT Bukit Depu. Seterusnya diikuti oleh ucapan Pengerusi KRT, Tn Hj Dol Razlan. Dalam ucapanya beliau mengatakan semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan didalam semangat perpaduan yang ada didalam KRT kita , dan semoga kejayaan ini dapat dipertahankan malah dipertingkatkan lagi.
Tetamu istimewa pada malam tersebut ialah Ybhg Dato' Hj. Che Mat Jusuh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, En.Keirudin bin Idris dari AADK Daerah Kuala Terengganu, En.Mohd Ismail Pengerusi JKKK Kg.Bukit Depu, dan Tn.Hj.Ab.Manan Hasan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sangsura.


Dalam ucapanya, Dato' Che Mat bin Jusuh berharap gulungan muda dapat memberi kerjasama serta berfikiran lebih terbuka dengan tidak meniru sebulat suara segala fitnah dan hasutan yang boleh merosakkan perhubungan diantara sesama kita .

Majlis yang sederhana indah dan penuh mesra penuh semangat perpaduan. Para tetamu telah dijamukan dengan daging kambing panggang, ayam panggang, jagung bakar, sausage, kentang rebus / panggang, salad buahan, bubur asyura (sumbangan dari Dr.Hj.Hasbullah) , kueh akok, pisang, teh tarik dan sirap oren.
Disamping menikmati hidangan, tetamu dipersembahkan dengan tayangan video tentang pencapaian KRT Bukit Depu sepanjang tahun 2011.


Tetamu yang hadir
Para tetamu yang hadir
Majlis sesungguhnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Tn Hj Khalid Yaccob, Prof.Dr.Hj.Hasbullah Muhamad ,Puan Mariam bt Ali dan semua AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis sebagai malam yang penuh bersejarah. Alhamdulillah ianya telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dikalangan segenap lapisan masyarakat , khasnya dikalangan remaja dan kanak kanak.

Program Komuniti Perihatin Peringkat Daerah Terengganu 2011


Program Komuniti Perahatin ini telah dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama KRT Bukit Depu .Ianya telah diadakan pada tanggal 3.12.11 bertempat di Padang Bola Kg Bukit Depu dibawah seliaan Puan Bazilah bt Mohd Ghani.
 Diantara acara yang dipertandingkan disebelah pagi ialah sukaneka, pertandingan mewarna dan futsal remaja. Manakala disebelah malam pula diadakan forum dan cabutan bertuah.
Forum penutup 'Anak Kita Main Kuda , Kita Buat Apa ' telah menapak keberkesanan penyampaiannya dihati pendengar yang hadir dari penceramah yang berpengalaman berhubung permasaalahan menangani anak anak yang terlibat dengan bahaya dadah.
Sesungguhnya ini adalah perkongsian ilmu yang baik yang dibawa kepengetahuan anak mukim dari AADK dalam suasana penuh mesra dan perihatin. Para penceramah telah mencuba sebaik mungkin bagi menerap perasaan 'sense of security' dan ‘sense of responsibility' masyarakat terhadap bahayanya ancaman penyalahangunaan dadah kepada negara dan peranan yang perlu dimainkan bagi mengatasi gejala ini.
Semua golongan masyarakat perlu memainkan peranan bagi mencapai matlamat 'Negara Bebas Dadah Menjelang 2015' Ianya perlu dimengerti sepenuhnya bukan sahaja oleh KRT Bukit Depu tapi seluruh anak mukim khususnya dalam kontek peranan serta amalan kehidupan berteraskan kesedaran dan keselamatan sejagat.
Alhamdulillah program yang berlangsung selama 1 hari telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan dari lebih 250 orang warga mukim dari semua lapisan umur.
KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ybhg Dato' Hj Che Mat bin Jusuh , Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada peserta dan merasmikan penutupan program pada malam tersebut. Beliau menyatakan amat berpuas hati dengan pengisian dan objektif program berpandukan penyertaan ahli masyarakat yang melebihi sasaran.
 Kami juga pada kesempatan ini mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Terengganu En Hafiz bin Hassan , dan Puan Bazilah bt Abd.Ghani serta pegawai pegawai yang terlibat kerana telah bermurah hati menyediakan persiapan , pameran, hadiah hadiah, pengelolaan forum serta makan malam.

Demikian juga rasa penghargaan yang tak terhingga kepada Penghulu Mukim Bukit Besar , pihak Polis Daerah Kuala Terengganu , Jabatan Agama Negeri Terengganu ,KRT Gong Parit , KRT Gong Baru ,JKKK Bukit Depu ,Persatuan Penduduk Taman Sangsura , Pejabat Pendaftar Pertubuhan NegeriTerengganu yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.
KRT Bukit Depu memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program berlangsung.