Monday, March 4, 2013

Lawatan Muhibah KRT Taman Orkid Kuala Krai

Bergambar beramai ramai
Tanggal 2.3.2013 merupakan tarikh yang istimewa buat KRT Depu kerana menerima kunjungan muhibah KRT Taman Orkid, Kuala Krai, negeri Che Siti Wan Kembang.

Rombongan seramai 40 orang itu diketuai Puan Hjh.Rohaya Madon, Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Orkid K.Kerai bersama sama En.Rohaizad bin Ibrahim (Setiausaha KRT) Mereka berdua berusaha membawa rombongan melawat KRT Bukit Depu. Rombongan telah disambut dalam majlis yang penuh mesra dan semangat persaudaraan.


 Majlis telah dimulakan dengan taklimat berhubung kemajuan semasa KRT Bukit Depu oleh Pengerusi Tn.Hj.Dol Razlan Yusof melalui tayangan slide. Dalam ucapan balasnya, Pn Rohaya menyatakan kenapa KRT Bukit Depu menjadi pilihan lawatan ialah kerana mereka tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh KRT Bukit Depu ini melalui laman blog yang dibangunkan oleh KRT Bukit Depu iaitu krtbukitdepu.blogspot.com. Beliau ingin mencontohi kejayaan yang dilalui oleh KRT Bukit Depu.
Turut serta memeriahkan majlis ialah Pn Za, wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Terengganu (JPNIN) Penghulu Mukim Bukit Besar, En Shaharuddin Ismail dan Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu, En Mohammad Ismail.
Jamuan tengah hari disediakan oleh Jiran Wanita KRT Bukit Depu dimana menu pada hari tersebut merupakan lauk ikan singgang, sayur lemak kacang panjang, ikan goreng , sambal belacan,ulam kampung dan buahan tempatan.

Ucapan sambutan oleh Tn Hj Dol
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaya
Cenderahati untuk En Rohaizad
Ucapan oleh Pn Za
Pertukaran Cenderahati
Pengerusi mencadangkan kepada Pn Hjh.Rohaya agar amalan silahturahim  dapat diteruskan pada masa akan datang agar jalinan perpaduan diantara kedua dua KRT ini dapat dikekalkan. Beliau mencadang program yang akan datang berkonsep keluarga angkat dimana setiap ahli rombongan akan tinggal bersama sama keluarga tertentu di Kg Bukit Depu. Ini lebih memberi keberkesanan dalam kontek keakraban diantara kedua dua KRT.
Untuk gambar seterusnya sila klik SINI